skpkinarut.zoom-a.com |
||||
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN KINARUT PETI SURAT 622,89600 PAPAR SABAH Tel : 088-750513 , Faks : 088-754659 , e-mel : xba4226@gmail.com
|
||||
| LAMAN UTAMA | SEJARAH | PERKEMBANGAN FIZIKAL | LOGO | BENDERA | VISI & MISI | OBJEKTIF | PIAGAM PELANGGAN | LAGU | PELAN SEKOLAH | PENTADBIR | GURU-GURU | STAF SOKONGAN | CARTA ORGANISASI | PIBG | ENROLMEN | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | PRASARANA SEKOLAH | PUSAT SUMBER | MAKMAL KOMPUTER | KOLEKSI GAMBAR | PENCAPAIAN SEKOLAH | DISIPLIN & KANTIN | INFO 2014 | 2013 | 2012 | 2011 | TAKWIM 2014 | PAUTAN | BUKU PELAWAT | |
SEJARAH SEKOLAH Perancangan pembinaan sekolah ini telah diasaskan oleh N.C.Sahal Datu Sulai,Encik Kumpar Besar dan bersama-sama pemimpin-pemimpin serta masyarakat setempat.Perancangan tersebut telah menghasilkan satu perangkaan yang terperinci dan ianya telah mendapat kelulusan daripada Pegawai Daerah serta Jabatan Pelajaran Sabah. Pembinaan sekolah ini bermula pada pertengahan Tahun 1937.Ianya telah dibina atas semangat gotong-royong serta kerjasama antara pemimpin-pemimpin dan penduduk-penduduk sekitar Kampung Kinarut. Bangunan sekolah ini telah dirasmikan pada 1 hb Januari 1938 oleh D.K.Engle selaku Pegawai Daerah Papar.Encik Sujang Siaran adalah merupakan Guru Besar yang pertama sekali ditugaskan di sekolah ini dengan murid seramai 45 orang sahaja. __________________________________________________________________________________________ PENGASAS SEKOLAH : Sekolah Kebangsaan Pekan Kinarut yang asalnya Goverment Primary School ( GPS ) telah dibina pada tahun 1938. GPS telah ditukar kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Pekan Kinarut ( SRK ) dan kemudian ditukar sekali lagi dengan nama Sekolah Kebangsaan ( SK ). Semasa Perang Dunia Ke-2, sekolah ini telah ditutup dan kemudian di buka semula di bawah pemerintahan British pada tahun 1946. Pengasas sekolah ini ialah Allahyarham N.C.Sahal bin Datu Sulai. Ketika itu beliau bekerja dengan British Chartered Company dengan memegang jawatan sebagai Ketua Anak Negeri ( NC ). Beliau ditugaskan untuk membantu pihak kerajaan mengawal penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan Tanaki, Gana dan Mandalipau. Encik N.C.Sahal bin Datu Sulai adalah anak jati Kinarut yang berketurunan Bajau. Beliau mula bertugas pada tahun 1914 dan bersara pada tahun 1954. Beliau telah menaburkan khidmatnya kepada masyarakat selama 40 tahun dan meninggal dunia pada tahun 1970. " Semoga Allah Mencucuri Rahmat Ke Atas Beliau..." ____________________________________________________________________________________________ SENARAI NAMA GURU-GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN KINARUT
" SEKATA MEMBAWA KECEMERLANGAN " TAUTAN BUDI INGATAN ABADI
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |