skpkinarut.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN KINARUT
PETI SURAT 622,89600 PAPAR SABAH
Tel : 088-750513 , Faks : 088-754659 , e-mel : xba4226@gmail.com

| LAMAN UTAMA | SEJARAH | PERKEMBANGAN FIZIKAL | LOGO | BENDERA | VISI & MISI | OBJEKTIF | PIAGAM PELANGGAN | LAGU | PELAN SEKOLAH | PENTADBIR | GURU-GURU | STAF SOKONGAN | CARTA ORGANISASI | PIBG | ENROLMEN | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | PRASARANA SEKOLAH | PUSAT SUMBER | MAKMAL KOMPUTER | KOLEKSI GAMBAR | PENCAPAIAN SEKOLAH | DISIPLIN & KANTIN | INFO 2014 | 2013 | 2012 | 2011 | TAKWIM 2014 | PAUTAN | BUKU PELAWAT |

PERKEMBANGAN FIZIKAL SEKOLAH

Dalam tahun 1937 sebuah bangunan sekolah telah didirikan yang hanya berlantaikan simen,beratapkan daun rumbia dan berdindingkan papan.Turut serta dibina ialah dua buah kolam yang terletak di bahagian hadapan bangunan sekolah.Tujuan pembinaan kolam mini adalah untuk kegunaan murid-murid mencuci tangan dan kaki sebelum masuk  ke kelas,khususnya setelah mereka menjalankan aktiviti senaman pagi,berkebun dan sebagainya.

Bangunan sekolah ini terletak berhampiran dengan landasan kereta api yang menuju ke Pekan Papar.Kedudukannya adalah di pertengahan antara kampung-kampung yang ada di sekitarnya.Sekolah ini juga berhampiran dengan kedai yang mana secara tidak langsung memberikan kemudahan sampingan kepada guru-guru dan murid-murid serta masyarakat di sekitarnya.

Selepas Perang Jepun pada tahun 1946,bangunan sekolah ini telah mula diubahsuaikan sedikit demi sedikit.Dari beratapkan daun rumbia,ianya telah ditukar kepada atap zink.

Faktor-faktor pengubahsuaian ini adalah berdasarkan kepada pertambahan murid,di mana minat belajar di kalangan mereka terus meningkat.Ianya mungkin tertakluk oleh pengaruh pemerintahan Jepun,yang telah meninggalkan kesan-kesan negatif.Tentunya dalam setiap perasaan kanak-kanak itu terasa satu rasa yang tidak ingin berada dalam cengkaman pemerintahan Jepun misalnya,lalu mempengaruhi minat untuk mencapai kemajuan dalam bidang pelajaran umpamanya,demi untuk membela dan membebaskan diri dari terus digenggam dan dibelenggu oleh penjajah asing pada masa-masa yang akan datang.

Pada tahun 1954,sebuah lagi bangunan sekolah dibina.Bangunan ini juga tidak jauh bezanya dengan bangunan sekolah yang pertama.Ianya juga berlantaikan simen,beratapkan zink dan berdindingkan papan.Tujuan pembinaannya juga adalah untuk menampung bilangan pertambahan murid-murid yang semakin meningkat.Ini bermakna ramai ibu bapa yang mempunyai kesedaran tentang betapa pentingnya pelajaran kepada anak-anak sebagai pelindung di masa depan.

Pada tahun 1956,sebuah lagi bangunan tambahan dibina.Bangunan yang mempunyai dua buah bilik darjah ini juga mempunyai bentuk seperti sekolah yang asal,kecuali ianya tidak lagi berlantaikan simen tetapi sebaliknya berlantaikan tanah / pasir sahaja dan beratapkan rumbia.

Pembinaan bangunan tambahan ini juga adalah hasil dari semangat gotong royong antara ibu bapa dan guru serta penduduk-penduduk di sekitar kampung Kinarut.

Pada tahun 1962,sebanyak dua buah lagi bangunan tambahan telah dibina dan mengandungi tiga buah bilik darjah.Pembinaan bangunan tambahan ini juga adalah kerana pertambahan bilangan murid.Bilangan kelahiran dan bilangan penduduk-penduduk yang bermastautin di kampung ini mempengaruhi bilangan pertambahan murid tersebut. Meskipun bangunan sekolah ini dikatakan tidak terlalu sempurna tetapi ianya tidak menghalang minat murid-murid untuk terus belajar melaluinya.Ini dapat dibuktikan melalui kemasukan murid yang terus bertambah dari setahun ke setahun.

Pada tahun 1975,sebuah lagi bangunan tambahan telah didirikan .Bangunan ini mengandungi dua bilik darjah.Dalam tahun yang sama bangunan ini juga telah digunakan untuk kemudahan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kinarut yang menggunakannya pada sebelah petang.

Pada tahun 1980,memandangkan kepada pertambahan murid yang semakin meningkat dan bangunan lama sudah tidak bersesuaian lagi,kerajaan telah menambah sebahagian daripada bangunan sekolah yang lama itu dengan mendirikan bangunan dua tingkat yang juga terletak di kawasan tersebut.Bangunan baru ini mengandungi 10 buah bilik darjah dengan berbagai kemudahan yang lain.Bangunan ini setaraf dengan bangunan sekolah-sekolah beratapkan zink dan berdindingkan bata.

Pada tahun1982,sebanyak enam buah lagi bilik darjah telah didirikan.Bilik-bilik tambahan ini adalah bertujuan untuk menampung kemasukan murid-murid pelarian Filipina.Ini juga membuktikan pertambahan murid bukan hanya di kalangan anak-anak jati tempatan sahaja malahan juga di kalangan anak-anak bangsa asing yang berhijrah di daerah ini.

Pada tahun 2002,kerajaan telah membina sebanyak dua buah kelas prasekolah.Kelas ini didirikan untuk menampung seramai 50 oarng murid setiap tahun sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan di peringkat rendah.Kemudian,pada tahun 2003,sebuah lagi blok bangunan baru telah dibina dengan mempunyai lima buah kelas.Walau bagaimanapun,sebuah daripada bilik ini telah dijadikan sebagai Bilik Sains manakala sebuah lagi dijadikan sebagai Bilik Gerakan sekolah yang baru.Pada tahun yang sama juga,sebuah Makmal Komputer telah dibina di tapak surau sekolah yang lama dengan mempunyai dua buah kelas yang dilengkapi dengan  42 buah komputer di dalamnya.Pembinaan Makmal Komputer ini sesuai dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan pelajar yang celik ICT dan tahu tentang penggunaan asas sistem komputer.

Pada bulan November 2008, sekolah telah mendapat peruntukkan iaitu berupa enam buah kelas kontena pasang siap yang dibina di atas tanah kosong berhadapan dengan bangunan blok baru di sekolah ini. Kerja-kerja pembinaan telah dibuat seawal bulan November namun projek pembinaan telah terbengkalai selama beberapa kali atas sebab-sebab masalah teknikal dari pihak kontraktor yang bertanggungjawab.

Akhirnya..pada tarikh 25 Januari 2010 ( Isnin ), 6 buah kelas kontena yang dibekalkan kepada sekolah ini telah boleh digunakan oleh murid-murid di sekolah ini. Kelas-kelas yang telah ditempatkan di keenam-enam buah kelas ini ialah Kelas Tahun 4 Bestari dan Bijaksana – sesi pagi ( Tahun 1 Bestari dan Bijaksana – sesi petang ), Kelas Tahun 5 Bestari dan Bijaksana ( Tahun 2 Bestari dan Bijaksana – sesi petang ) dan juga Kelas Tahun 6 Bestari dan Bijaksana ( Tahun 3 Bestari dan Bijaksana – sesi petang ). Semua kelengkapan seperti kerusi, meja, almari, meja guru dan papan tulis dan papan kenyataan di dalam keenam-enam kelas kontena ini serba serbinya serba baru. Semoga dengan adanya kemudahan ini akan dapat memberikan keselesaan kepada guru dan murid untuk mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan lagi..

Pada tanggal 10 Januari 2011, Sekolah Kebangsaan Pekan Kinarut telah menerima satu lagi projek besar daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Projek ini dinamakan ‘ Cadangan Kerja-Kerja Kecemasan ( Perolehan Darurat AP-173.2 ) Untuk Kerja-Kerja Pembaikan Struktur Bangunan Sekolah Di Sekolah Kebangsaan Pekan Kinarut, Papar, Sabah ‘. Projek ini dilaksanakan selama 14 bulan dan dijangka siap pada tanggal 09 Mac 2012. Nilai harga bagi projek ini adalah RM 12,780,000.00.

Pembaikan dan penambahan bangunan ini merangkumi bangunan utama ( blok tiga tingkat ), blok Prasekolah, blok Pendidikan Khas , bilik Pemulihan Khas, bilik Kemahiran Hidup, bilik Pendidikan Muzik, rumah-rumah guru dan sebagainya. Bangunan Pusat Sumber dan surau sekolah pula akan dirobohkan kerana sudah uzur dan tidak sesuai untuk digunakan lagi. Cadangan tapak Pusat Sumber dan Surau ini akan dijadikan kawasan lapang untuk parkir kereta.

Berikut adalah antara koleksi gambar terkini blok-blok bangunan dan prasarana baru di Sekolah Kebangsaan Pekan Kinarut, Papar.


" SEKATA MEMBAWA KECEMERLANGAN "

TAUTAN BUDI INGATAN ABADI


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: